Jumaat, 27 Mei 2011

MOH KE PERPUSTAKAAN

Sepanjang cuti Penggal Persekolahan nanti, Unit Perpustakaan akan beroperasi pada pukul 9.30am hingga 12.30am bermula 30 Mei 2011 hingga 9 Jun 2011. Pada 3 hingga 5 Jun Perpustakaan tidak beroperasi.

Oleh itu, semua murid, ibu, bapa dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat yang ada kelapangan dijemput mengisi kelapangan yang ada dengan mengunjungi perpustakaan kami. Di samping membaca buku, kami turut menggalakkan murid membuat catatan dalam buku NILAM.

Prihatin terhadap kepentingan membaca hendaknya memungkinkan kehadiran yang optimum.

BUKU SUMBER ILMU

Khamis, 26 Mei 2011

SUKATAN PELAJARAN

Dapatkan Sukatan dan Huraian Pelajaran yang boleh diperolehi dengan klik link berikut :

Rabu, 25 Mei 2011

TAMAN NILAM


NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan dasar yang ditetapkan di bawah pelaksanaan program-program Pusat Sumber Sekolah.

Memandangkan perjalanan program ini banyak berhubung kait dengan pembacaan murid, pemantauan ibu bapa/penjaga, penilaian guru Bahasa Melayu, Guru Bahasa Inggeris dan Guru Kelas dengan penekan oleh Guru Penyelaras Program NILAM serta penyeliaan oleh Guru Perpustakaan dan Media serta pihak Pentadbiran Sekolah
, memungkinkan terdapat banyak ketirisan dan kelompongan maklumat seandainya terdapat kekangan-kekangan yang membawa kepada pengurangan jumlah bacaan buku di kalangan murid.

Sehubungan dengan itu, GPM sering diminta membuat pelbagai aktiviti bagi menggalakkan murid-murid membaca. Namun perlu pelan berterusan dan komitmen jitu daripada semua pihak bagi menjayakan NILAM.


Antara peserta NILAM Kebangsaan dalam Program Ramah Mesra.

Adalah menjadi harapan agar terdapatnya calon NILAM Kebangsaan dari SK Bandar Pusat, namun perlu diingat bahawa usaha melahirkan calon NILAM bukan boleh dihasilkan dengan kadar segera tetapi perlu berterusan dari peringkat rendah (Tahun 1) dengan memiliki calon yang petah, berketrampilan, penuh informasi, berkebolehan, dan yang penting sudah pasti memiliki bacaan buku yang bermutu dan tercatat dalam buku NILAM masing-masing.

Sehubungan dengan itu, PSS SK Bandar Pusat sedang dalam perancangan dan mula menggerakkan anggotanya untuk membina sebuah Taman NILAM yang mendokong objektif-objektif dan falsafah Program NILAM tersebut.

Semoga 2013 akan membuahkan satu lonjakan berkilauan dan mengharumkan nama SK Bandar Pusat.

Disediakan GPM SK Bandar Pusat, 25 Mei 2011.

BRIGED BESTARI

Penubuhan Briged Bestari Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat sejak Februari 2011 telah menampakkan hasil. Sambil berpakaian segak, Vest hitam, seluar panjang hitam, baju putih lengan panjang, bertali heher dan bersepatu hitam memperlihatkan keistimewaan unit yang baru ditubuhkan ini.

Unit ini, berjumlah 10 anggota terdiri daripada murid-murid yang memiliki keupayaan dan pengetahuan ICT. Setiap anggota perlu memiliki e-mel dan facebook bagi memudahkan berkomunikasi dengan GPM dan sesama mereka. Melalui pages facebook SK Bandar Pusat, mereka ini berperanan mengoptimum penggunaannya.

Dikemaskini pada 25 Mei 2011