Isnin, 24 Jun 2013

INFO LITERASI MAKLUMAT PSS



KONSEP LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat

Dasar pembangunan negara:

Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
Pembangunan ICT dalam pendidikan
Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidupDari aspek Ekonomi

Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
Organisasi maya (Virtual Organization)
Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
Penggunaan komputer dan sistem elektronik
Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan
bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.

5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .

2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya

3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota

4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.

5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.

PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:

1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca

Di Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :

a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi Tugasan
Kenalpasti masalah
Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan
Lokasi dan Akses
kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
mencari maklumat yang relevan
Mengguna maklumat
kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis

mengurus dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
Penilaian

menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan penambahbaikan
kenalpasti keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan
Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah

Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
Peningkatan Penyebaran Maklumat
Peningkatan Pencapaian Akademik
Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.

Bacaan tambahan berkaitan Literasi maklumat

http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/