Sabtu, 3 Januari 2015

PERPUSTAKAAN DIGITAL

Perpustakaan SK Bandar Pusat, bermula 2015 akan membuka satu sudut baru di perpustakaan iaitu Perpustakaan Digital.

Sehubungan itu, 5 buah PC telah ditempatkan di perpustakaan yang akan memuatkan bahan-bahan rujukan digital untuk penggunaan murid-murid.

Untuk makluman, semua PC yang dibekalkan hanya menyediakan bahan digital secara offline. Sebarang permintaan bahan rujukan online bolehlah dibuat di Pusat Akses Sekolah.

Disediakan oleh GPM

Selasa, 22 Julai 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM MARAN

22 Julai 2014, satu pemilihan tokoh NILAM Daerah Maran berlangsung di PKG Bandar Pusat. Sebanyak 12 buah sekolah telah menghantar penyertaan dengan 22 peserta meliputi pemilihan peringkat SM dan SK dalam kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Calon Tokoh NILAM SK Bandar Pusat


Wakil dari SKBP telah menerima tempat ketiga bagi BM dan tempat kedua bagi BI.

Isnin, 19 Mei 2014

PERANAN SUDUT-SUDUT DI PSS


PERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.  SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH
a. Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
b. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
c. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
d. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
e. Menarik minat murid ke perpustakaan.

2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM
a. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
b. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
c. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR)
a. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
b. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
c. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

4. ALBUM PUSAT SUMBER
a. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
b. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
c. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP
a. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
b. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
c. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU
a. Menarik minat murid untuk membaca.
b. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

7. SUDUT KUIZ BESTARI
a. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.
b. Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
c. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH
a. Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
b. Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

9. LAMAN CAKNA PANTUN
a. Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
b. Mengekalkan budaya melayu.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH
a. Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
b. Menghargai kejayaan sekolah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

11. LAMAN KOLEKSI MAYA

Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu:
i. Sudut Mata Wang Sedunia
ii. Sudut Koleksi Setem Sedunia
iii. Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.

a. Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
b. Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
c. Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM
a. Menghargai bakat yang ada pada murid.
b. Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.
c. Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

13. SUDUT HASIL KERJA MURID
a. Menghargai segala hasil kerja murid.
b. Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

14. SUDUT PERMAINAN
a. Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.
b. Mengekalkan permainan tradisional
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

5. SUDUT POHON ILMU
a. Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.
b. Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.
c. Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

16. SUDUT BERCERITA
a. Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
b. Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

17. SUDUT MAYA PUPET
a. Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
b. Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

18. SUDUT WARISAN BUDAYA
a. Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.
b. Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA
a. Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara.
b. Menanam sikap menyintai negara sendiri.
c. Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

20. LAMAN BUSANA
a. Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita.
b. Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK
a. Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.
b. Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.
c. Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING
a. Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.
b. Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.
c. Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.

23. SUDUT SEJENAK MEMBACA
a. Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.
b. Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

24. SUDUT AKHBAR
a. Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.
b. Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

25. SUDUT RUJUKAN GURU
a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan.
b. Menarik minat guru ke perpustakaan.

26. SUDUT RUJUKAN MURID
a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan
b. Menarik minat murid ke perpustakaan.

27. SUDUT KAKTUS
a. Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".
b. Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
c. Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

28. SUDUT MAJALAH
a. Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.
b. Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

29. SUDUT HIDUPAN AIR
a. Memperkenalkan benda hidup kepada murid.
b. Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI
a. Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.
b. Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

31. SUDUT PROGRAM NILAM
a. Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.
b. Melicinkan guru membuat analisis .
c. Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.

32. SUDUT ANGKASA LEPAS
a. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.
b. Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
c. Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

33. SUDUT JALAN RAYA
a. Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
b. Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM
a. Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.
b. Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

35. SUDUT INFO AKURIUM
a. Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
b. Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.

36. SUDUT NOSTALGIA GURU
a. Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.
b. Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
c. Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.

Isnin, 24 Jun 2013

INFO LITERASI MAKLUMAT PSS



KONSEP LITERASI MAKLUMAT

Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat

Dasar pembangunan negara:

Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan k-ekonomi dan k-masyarakat.
Memperkukuhkan pembangunan modal insan untuk menghasilkan tenaga manusia berpengetahuan
Kerajaan menghendaki seluruh rakyatnya mempelajari, memahami dan menguasai pengetahuan IT
Matlamat Pendidikan Negara ialah melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berterampilan dan sejahtera selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Bestari yang berpusatkan pelajar dan dipermudahkan dengan bantuan ICT
Pembangunan ICT dalam pendidikan
Hidup dan bersaing dalam dunia dan ekonomi global yang terlalu bergantung kepada maklumat
Belajar berdikari secara beransur-ansur untuk menghayati konsep pendidikan seumur hidupDari aspek Ekonomi

Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
Organisasi maya (Virtual Organization)
Bertindak sebagai Pembekal, Pengeluar dan Pengurus Maklumat
Ramai pekerja sementara, sambilan dan dari latar belakang yang pelbagai
Penggunaan komputer dan sistem elektronik
Setiap organisasi dan individu perlu terus belajar dan mengikuti latihan(Learning Organization)Siapakah yang dikatakan sebagai seorang yang “Berliterasi Maklumat”?
boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan
bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.

5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
1.0. KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS DAN KREATIF

10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.1 Lokasi bahan
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .

2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik
2.2 Membanding beza
2.3 Membuat ramalan dan sebagainya

3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.1 Membaca
3.2 Teknik mencatat Nota

4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.1 Verbal – mendapat dan melaporkan maklumat yang diperoleh.
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.
4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.

5. KEMAHIRAN ICT
5.1 Pencarian maklumat digital, pangkalan data dan enjin carian.
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.

PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:

1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca

Di Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :

a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Definisi Tugasan
Kenalpasti masalah
Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumat
kenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan
Lokasi dan Akses
kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
mencari maklumat yang relevan
Mengguna maklumat
kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
Sintesis

mengurus dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
Penilaian

menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan penambahbaikan
kenalpasti keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekurangan
Petunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah

Peningkatan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah
Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
Peningkatan Penyebaran Maklumat
Peningkatan Pencapaian Akademik
Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.

Bacaan tambahan berkaitan Literasi maklumat

http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/

Selasa, 2 Oktober 2012

MEMINJAM BUKU DENGAN JUJUR

Ketika ini, Perpustakaan SK Bandar Pusat melaksanakan pinjaman yang menggalakkan dalam kalangan murid di sekolah ini. Ditambah dengan murid Tahun 6 baru tamat UPSR dan minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir  tahun P4 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Oktober 2012.

Namun harus disedari, sebahagian buku-buku baru yang dipinjam tidak kembali ke perpustakaan. Mungkin sebab buku-buku tersebut memang baru berada dalam pasaran dan menjadi sebutan dan rebutan pembaca.

Sehubungan itu, Unit Perpustakaan mengingatkan peminjam-peminjam buku perpustakaan agar memulangkan buku-buku yang dipinjam ke perpustakaan bukan mengedarnya dalam kalangan rakan-rakan yang ingin meminjam buku-buku berkenaan tanpa memulangkannya terlebih dahulu ke perpustakaan.

Untuk makluman semua murid dan warga SK Bandar Pusat, Penilaian NILAM akan dibuat pada 15 hingga 19 Oktober 2012. Oleh itu, pastikan anda menyiapkan rekod NILAM sebaik-baiknya. Pada 22 Oktober 2012, Program Fastival Gemuruh NILAM akan dilaksanakan berikutan program Kem Membaca 1Malaysia dan READ 2012 yang akan berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober 2012 bagi negeri Pahang.

Sehingga kini terdapat 5 penerima Anugerah NILAM, 8 penerima Anugerah Emas, 9 penerima Anugerah Perak dan 72 penerima Anugerah Gangsa yang akan disampaikan dalam program Fastival Gemuruh NILAM SK Bandar Pusat 2012.

GPM dan JK NILAM mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya.


Jumaat, 21 September 2012

Bengkel MSPowerPoint 2010

PKG Bandar Pusat, menyerlahkan keupayaannya dengan mengadakan sesi bengkel MSPowerPoint 2010. Satu perubahan dalam aplikasi persembahan MSPowerpoint.

GPM SK Bandar Pusat ada turut mengikuti beberapa sesi yang berlangsung pada 20 dan 21 September 2012. Memang banyak tool baru dan pelbagai fungsi yang rugi jika tidak dipelajari oleh para guru. Walaupun sesi yang dijalankan rengkas, namun MSPowerPoint sememang pengetahuan sedia ada para guru mampu membuatkan hasilan-hasilan persembahan dalam bentuk slide (format *.ppt/ppts/pptx) ditukar kepada video (format *.wmv).

SK Bandar Pusat diwakili GPK 1, Haji Abdul Ghani dan FT, Puan Zaliza dalam program berkenaan.

Isnin, 6 Ogos 2012

BULAN PSS

klik link berikut untuk ikuti Program Bulan PSS SK Bandar Pusat 2012

http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/2012/07/bulan-pss-2012.html

Sila kunjungi kami selalu di http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/