Sabtu, 3 Januari 2015
PERPUSTAKAAN DIGITAL
Sehubungan itu, 5 buah PC telah ditempatkan di perpustakaan yang akan memuatkan bahan-bahan rujukan digital untuk penggunaan murid-murid.
Untuk makluman, semua PC yang dibekalkan hanya menyediakan bahan digital secara offline. Sebarang permintaan bahan rujukan online bolehlah dibuat di Pusat Akses Sekolah.
Disediakan oleh GPM
Selasa, 22 Julai 2014
PEMILIHAN TOKOH NILAM MARAN
![]() |
| Calon Tokoh NILAM SK Bandar Pusat |
Wakil dari SKBP telah menerima tempat ketiga bagi BM dan tempat kedua bagi BI.
Isnin, 19 Mei 2014
PERANAN SUDUT-SUDUT DI PSS
PERANAN SUDUT-SUDUT YANG TERDAPAT DI PUSAT SUMBER SEKOLAH
1. SUDUT MENGENALI WARGA SEKOLAH
a. Mewujudkan mengeratkan hubungan antara guru dengan guru dan murid dan guru.
b. Memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua warga sekolah dengan jelas.
c. Menanam sikap hormat dan sayang murid kepada warga sekolah.
d. Memenuhi konsep " Sekolahku Rumahku ".
e. Menarik minat murid ke perpustakaan.
2. SUDUT MURID CEMERLANG KOKURIKULUM
a. Merangsang murid untuk memajukan segala potensi dan bakat pada diri mereka.
b. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
c. Menjadi perangsang kepada murid lain untuk mencontohi kejayaan murid yang berjaya.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
3. LAMAN GEMILANG (MURID BERJAYA UPSR)
a. Menghargai kejayaan murid dalam bidang ko-kurikulum.
b. Memberi perangsang kepada murid lain untuk berjaya dalam UPSR.
c. Menjadikan murid berjaya sebagai idola dan sumber inspirasi murid lain.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
4. ALBUM PUSAT SUMBER
a. Merekod segala aktiviri Pusat Sumber Sekolah dalam bentuk gambar.
b. Mencatat segala kenangan yang melibatkan Pusat Sumber.
c. Menampilkan gambar-gambar sudut yang terdapat di dalam Pusat Sumber.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
5. SUDUT PAMERAN BUKU SKRAP
a. Menghargai segala penglibatan murid dalam pertandingan.
b. Menghargai kesungguhan murid dalam melaksanakan segala pertandingan.
c. Menampilkan buku skrap contoh kepada khalayak sekolah,.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
6. SUDUT PAMERAN BUKU BARU
a. Menarik minat murid untuk membaca.
b. Memaklumkan kehadiran buku baru di dalam perpustakaan.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
7. SUDUT KUIZ BESTARI
a. Menarik minat murid untuk menyertai pertandingan.
b. Meletak segala maklumat tentang pertandingan.
c. Memudahkan murid mencari soalan dan jawapan pertandingan.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
8. SUDUT SEJARAH SEKOLAH
a. Menanam semangat sayangkan sekolah pada diri guru dan murid.
b. Memaklumkan sejarah sekolah kepada semua guru dan murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
9. LAMAN CAKNA PANTUN
a. Menambah pengetahuan murid tentang pantun.
b. Mengekalkan budaya melayu.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
10. SUDUT DETIK-DETIK BERSEJARAH
a. Merakam detik-detik bersejarah yang berlaku di sekolah.
b. Menghargai kejayaan sekolah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
11. LAMAN KOLEKSI MAYA
Laman ini mengandungi 3 segmen iaitu:
i. Sudut Mata Wang Sedunia
ii. Sudut Koleksi Setem Sedunia
iii. Sudut Koleksi Kad Telefon dan Kad Pintar Sedunia.
a. Memperkenalkan budaya dunia kepada murid.
b. Memperkenalkan maklumat tentang dunia kepada murid.
c. Menanam minat murid terhadap sesuatu hobi yang berfaedah.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
12. SUDUT PAMERAN BERMUSIM
a. Menghargai bakat yang ada pada murid.
b. Menampilkan karya murid kepada khalayak sekolah.
c. Menampilkan rasa keyakinan diri pada murid.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
13. SUDUT HASIL KERJA MURID
a. Menghargai segala hasil kerja murid.
b. Menyimpan bahan bercerita dan pupet untuk kemudahan murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
14. SUDUT PERMAINAN
a. Memperkenalkan permainan yang menguji kepintaran murid.
b. Mengekalkan permainan tradisional
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
5. SUDUT POHON ILMU
a. Mengantung bahan-bahan pembelajaran sebagai rujukan murid.
b. Mengantung bahan-bahan hasil seni murid.
c. Menghargai hasil kerja murid yang berkualiti.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
16. SUDUT BERCERITA
a. Sebagai tempat murid bercerita dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
b. Sebagai tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
17. SUDUT MAYA PUPET
a. Sebagai tempat murid membuat persembahan pupet dan menampikan keyakinan diri yang teguh.
b. Sebagi tempat proses pembelajaran dan pengajaran di luar bilik darjah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
18. SUDUT WARISAN BUDAYA
a. Untuk mengekalkan warisan budaya yang hampir hilang.
b. Sebagai tempat murid belajar tentang kebudayaan bangsa Malaysia.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
19. SUDUT CINTAI KEINDAHAN DAN KEBUDAYAAN NEGARA
a. Untuk memberi peluang kepada murid untuk mengenali semua negeri dan tempat menarik yang terdapat di dalam negara.
b. Menanam sikap menyintai negara sendiri.
c. Memperkenalkan destinasi pelancongan yang terdapat di negara kita.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
20. LAMAN BUSANA
a. Memperkenalkan kepada murid tentang jenis-jenis pakaian yang terdapat di negara kita.
b. Menanam sikap sayangi sesama kaum pada diri murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
21. SUDUT PAMERAN BARANG ANTIK
a. Mengekalkan barang-barang antik yang hampir hilang di dalam pengunaan masyarakat pada zaman sekarang.
b. Menambah ilmu pada diri murid tentang barang-barang antik yang pernah wujud.
c. Memberi peluang kepada murid untuk membezakan teknologi lama dan teknologi sekarang.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
22. SUDUT SELF ACCESS LEARNING
a. Memberi peluang kepada murid untuk belajar sendiri.
b. Memberi peluang kepada murid untuk mencari ketenangan.
c. Menarik minat murid untuk ke perpustakaan.
23. SUDUT SEJENAK MEMBACA
a. Memberi peluang kepada murid untuk membaca di mana-mana sudut di dalam perpustakaan.
b. Memperkenalkan konsep "Ilmu Ada Di Mana-Mana".
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
24. SUDUT AKHBAR
a. Untuk memberi peluang kepada guru dan murid mengetahui berita-berita semasa.
b. Mewujudkan budaya membaca yang kuat pada diri guru dan murid.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
25. SUDUT RUJUKAN GURU
a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan.
b. Menarik minat guru ke perpustakaan.
26. SUDUT RUJUKAN MURID
a. Memudahkan murid mencari bahan rujukan
b. Menarik minat murid ke perpustakaan.
27. SUDUT KAKTUS
a. Mewujudkan pembelajaran melalui konsep"BENDA HIDUP".
b. Memperkenalkan budaya ilmu bukan sahaja ada di dalam buku.
c. Menanam sikap gemar pada hobi yang berfaedah.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
28. SUDUT MAJALAH
a. Untuk mewujudkan budaya membaca pada diri murid.
b. Mempelbagaikan bahan bacaan di dalam perpustakaan.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
29. SUDUT HIDUPAN AIR
a. Memperkenalkan benda hidup kepada murid.
b. Memberi ketenangan kepada pengunjung perpustakaan.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
30. SUDUT KOLEKSI RANTAI KUNCI
a. Menambahkan ilmu kepada murid melalui benda selain buku.
b. Menggalakan murid mempunyai hobi yang berfaedah.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
31. SUDUT PROGRAM NILAM
a. Memudahkan segala urusan yang melibatkan Program NILAM.
b. Melicinkan guru membuat analisis .
c. Memudahkan murid menyelesaikan segala masalah berkaitan Program Nilam.
32. SUDUT ANGKASA LEPAS
a. Mewujudkan kaedah pembelajaran yang mampu menarik minat murid.
b. Mewujudkan lokasi pembelajaran secara pelan dan susun atur yang betul.
c. Menambat perhatian dan pemerhatian murid secara menyeluruh.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
33. SUDUT JALAN RAYA
a. Mewujudkan suasana di jalan raya secara harmoni
b. Mendisplin murid tentang undang-undang di jalan raya.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
34. SUDUT TOKOH PEMIKIR ISLAM
a. Memberi kesedaran kepada murid tentang kebijaksanaan tokoh-tokoh pemikir Islam.
b. Menjadikan orang yang warak dan bestari sebagai idola mereka.
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
35. SUDUT INFO AKURIUM
a. Memberi peluang murid untuk mencari minat atau hobi yang berfaedah.
b. Menambah pengetahuan murid tentang hal yang berkaitan dengan akurium
c. Menarik minat murid ke perpustakaan.
36. SUDUT NOSTALGIA GURU
a. Memberi peluang kepada guru untuk mengabadikan kenangan silam mereka.
b. Memberi peluang kepada murid untuk melihat wajah guru mereka.
c. Menjadikan kejayaan guru sebagai idola dan inspirasi kepada murid.
d. Menarik minat murid ke perpustakaan.
Isnin, 24 Jun 2013
INFO LITERASI MAKLUMAT PSS
KONSEP LITERASI MAKLUMAT
Literasi Maklumat adalah suatu kemahiran yang digunakan untuk mencari maklumat tertentu yang diperlukan dan merangkumi kebolehan mencari dan memperolehi maklumat dalam apa jua format serta mengggunakan maklumat tersebut secara aktif. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif.
Kepentingan Literasi Maklumat
Dasar pembangunan negara:
Menurut Barner (1996) beberapa budaya di tempat kerja telah dikenal pasti. Berasaskan budaya-budaya ini, pekerja zaman ,maklumat ini perlulah mereka yang mempunyai literasi maklumat bagi memenuhi keperluan :
boleh mengenalpasti maklumat yang diperlukan
boleh mengenalpasti bila maklumat diperlukan
bagaimana dan di mana maklumat boleh dikesan
menilai secara kritikal maklumat dan sumber maklumat
menggunakan maklumat bagi tujuan tertentu dan mengikut keutamaan
melaporkan maklumat dengan berkesan sama ada secara verbal , penulisan atau teknologi
mengguna maklumat yang diperolehi secara beretika.
5 ELEMEN LITERASI MAKLUMAT
10. KEMAHIRAN MAKLUMAT / PERPUSTAKAAN
1.2 Sistem pengkelasan perpuluhan Dewey
1.3 Bahan-bahan bercetak (Jenis-jenis buku)
1.4 Bahan-bahan Bukan bercetak .
2.1 Penggunaan lembaran pengurusan grafik2.2 Membanding beza
3. KEMAHIRAN BELAJAR
3.2 Teknik mencatat Nota
4. KEMAHIRAN KOMUNIKASI / MENYAMPAIKAN MAKLUMAT
4.2 Menyampaikan maklumat secara bertulis melalui laporan penyelidikan dan sebagainya.4.3 Menyediakan citation / nota kaki dan rujukan.
5. KEMAHIRAN ICT
5.2 Menghasilkan laman web, broser, dan risalah.
5.3 Menggunakan perisian-perisian multimedia.
PERANAN LITERSI MAKLUMAT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Penguasaan kemahiran LM boleh dijalankan melalui pelbagai strategi pengajaran melalui:
1. Kerja kursus
2. Projek khusus mata pelajaran Tertentu
3. Aktiviti kelas
4. Aktiviti ko-kurikulum
5. Kerja kendiri
6. Program/aktiviti PSS
7. Program membaca
Di Malaysia model-model yang diguna pakai adalah :
a. The Big6 Skills – Eisenberg and Berkowitz
Kenalpasti masalah
Kenalpasti keperluan maklumat
Strategi Pencarian Maklumatkenalpasti sumber maklumat yang mungkin pilih maklumat mengikut keutamaan
Lokasi dan Akses
kenalpasti lokasi maklumat yang akan dicari (termasuk pengkalan data atas talian)
mencari maklumat yang relevan
kenalpasti jenis maklumat sama ada fakta atau pendapat
meringkaskan maklumat yang panjang lebar
mencatat sumber maklumat yang diperolehi
membaca, mendengar, mencatat maklumat yang diperolehi dengan tepat
mengurus dan merumus maklumat yang diperolehi dengan jelas
melapor maklumat yang diperolehi dengan jelas
mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai maklumat yang diperoleh
mempersembah maklumat yang diperolehi sesuai dengan mesej, media dan penonton.
menilai keberkesanan hasil pencarian maklumat
menilai proses perjalanan pencarian maklumat
mencadangkan penambahbaikan
kenalpasti keperluan mencari maklumat lanjut terhadap sebarang kekuranganPetunjuk kejayaan sesuatu program literasi maklumat di sekolah
Peningkatan Permintaan Terhadap Bahan Maklumat
Peningkatan Permintaan Terhadap Akses Kepada Maklumat
Peningkatan Penyebaran Maklumat
Peningkatan Pencapaian Akademik
Peningkatan Pencapaian Ko-Kurikulum.
Aktivti penyelesaian masalah dan lain-lain.
Bacaan tambahan berkaitan Literasi maklumat
http://bibliografi.moe.edu.my/SumberPendidikan/
Selasa, 2 Oktober 2012
MEMINJAM BUKU DENGAN JUJUR
Namun harus disedari, sebahagian buku-buku baru yang dipinjam tidak kembali ke perpustakaan. Mungkin sebab buku-buku tersebut memang baru berada dalam pasaran dan menjadi sebutan dan rebutan pembaca.
Sehubungan itu, Unit Perpustakaan mengingatkan peminjam-peminjam buku perpustakaan agar memulangkan buku-buku yang dipinjam ke perpustakaan bukan mengedarnya dalam kalangan rakan-rakan yang ingin meminjam buku-buku berkenaan tanpa memulangkannya terlebih dahulu ke perpustakaan.
Untuk makluman semua murid dan warga SK Bandar Pusat, Penilaian NILAM akan dibuat pada 15 hingga 19 Oktober 2012. Oleh itu, pastikan anda menyiapkan rekod NILAM sebaik-baiknya. Pada 22 Oktober 2012, Program Fastival Gemuruh NILAM akan dilaksanakan berikutan program Kem Membaca 1Malaysia dan READ 2012 yang akan berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober 2012 bagi negeri Pahang.
Sehingga kini terdapat 5 penerima Anugerah NILAM, 8 penerima Anugerah Emas, 9 penerima Anugerah Perak dan 72 penerima Anugerah Gangsa yang akan disampaikan dalam program Fastival Gemuruh NILAM SK Bandar Pusat 2012.
GPM dan JK NILAM mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya.
Jumaat, 21 September 2012
Bengkel MSPowerPoint 2010
GPM SK Bandar Pusat ada turut mengikuti beberapa sesi yang berlangsung pada 20 dan 21 September 2012. Memang banyak tool baru dan pelbagai fungsi yang rugi jika tidak dipelajari oleh para guru. Walaupun sesi yang dijalankan rengkas, namun MSPowerPoint sememang pengetahuan sedia ada para guru mampu membuatkan hasilan-hasilan persembahan dalam bentuk slide (format *.ppt/ppts/pptx) ditukar kepada video (format *.wmv).
SK Bandar Pusat diwakili GPK 1, Haji Abdul Ghani dan FT, Puan Zaliza dalam program berkenaan.
Isnin, 6 Ogos 2012
BULAN PSS
http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/2012/07/bulan-pss-2012.html
Sila kunjungi kami selalu di http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/
Selasa, 21 Februari 2012
SESI FOTOGRAFI STAF SK BANDAR PUSAT
PAMERAN MAULIDUR RASUL
Jumaat, 3 Februari 2012
PERANCANGAN PSS 2012
| Bil | Perkara / Kegiatan / Aktiviti / Program | Cadangan Tarikh | Tindakan |
| 1 | Minggu Bahasa | | Panitia BM & GPM |
| 2 | Minggu Bahasa Inggeris | | Panitia BI & GPM |
| 3 | Minggu Sains | | Panitia Sains & GPM |
| 4 | Minggu Matematik | | Panitia Matematik & GPM |
| 5 | MingguPendidikan Islam & Moral | | Panitia Pend. Islam /GPM |
| 6 | Minggu j-QAF | | Panitia j-QAF & GPM |
| 7 | Pameran Bertema | 1 Tema setiap bulan | GPM & Semua Panitia |
| 8 | Bulan Sastera/Bahasa | September 2012 | GPM |
| 9 | Bulan Merdeka | Ogos – Sept. 2012 | Panitia KT & GPM |
| 10 | Bulan PSS | Julai – Ogos 2012 | GPM & GPB |
| 11 | Perlantikan Pengawas PSS | Nov 2011 – Jan 2012 | GPM & GPB |
| 12 | Kursus Dalaman (Guru dan Kakitangan) | Feb – Jun 2012 | GPM & GPB |
| 13 | Kursus Proses Teknik (Pengawas) | Februari 2012 | GPM |
| 14 | PSS Digital | Jan – Dis 2012 | GPM |
| 15 | PSS & Komuniti | Feb – Dis 2012 | GPM |
| 16 | Kursus Penulisan Blog (Briged Bestari) | Februari 2012 | GPM & GPB |
| 17 | Sesi Fotografi | April 2012 | GPM |
| 18 | Kemaskini Blog dan Web | Sepanjang Tahun | GPM |
| 19 | Program 5S | Mac 2012 | GPM |
| 20 | Rakaman dan Dokumentari | Setiap Program Sekolah | Unit Rakaman |
| 21 | Persembahan Multimedia | Atas Permintaan | Unit Multimedia |
| 22 | Kem Membaca 1 Malaysia | Oktober 2012 | GPM & KP BM |
MOTIVASI KURIKULUM KEPIMPINAN PELAJAR
Selasa, 9 Ogos 2011
TUGAS GPM
INDEKS PERINCIAN TUGASAN 2011
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
SK BANDAR PUSAT
(SEBAGAI PANDUAN KEPADA GPM DAN UBAH SUAI JIKA PERLU)
| BIL | TUGAS | BULAN |
| 1 | Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu. | Januari |
| 2 | Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid. | Januari |
| 3. | Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah | Januari |
| 4 | Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini. | Januari |
| 5 | Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran | Januari |
| 6 | Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. | Januari |
| 7 | Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. | Sepanjang tahun |
| 8 | Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. | Sepanjang tahun |
| 9 | Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber. | Sepanjang tahun |
| 10 | Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah. | Sepanjang tahun |
| 11 | Penyelia dan mengurus bahan-bahan PSS. | Sepanjang tahun |
| 12 | Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber Sekolah | Januari Mei Ogos |
| 13 | Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah. | Sepanjang tahun |
| 14 | Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah. (termasuk bahan, alatan dan perabot) | Sepanjang tahun |
| 15 | Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PSSP). | Sepanjang tahun |
| 16 | Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah. | Sepanjang tahun |
| 17 | Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah. | Oktober |
| 18 | Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun. | Oktober |
GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA
| Tugas 1 | Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu seminggu |
| Aktiviti | ● Menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan (mengikut subjek yang diajar) ● Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran. |
| Objektif | ● Mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa. ● Mengekalkan keistimewaan sebagai guru di sekolah. |
| Penglibatan | Penolong Kanan Pentadbiran dan Jawatankuasa pentadbiran |
| Pelaksanaan | Januari – November |
| Tugas 2 | Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, Guru, dan murid. |
| Aktiviti | ● Mengadakan mesyuarat Jk Induk ● Mengadakan mesyuarat Jk Kerja ● Mengadakan mesyuarat Pengawas PSS ● Menyediakan takwim dan perancangan aktiviti tahunan ● Mewujudkan / membuat pindaan fail kuasa mengikut kesesuaian |
| Objektif | ● Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang diselaraskan ● Dasar dan program yang dirancang dapat disebarkan kepada semua yang terlibat. |
| Penglibatan | Pengetua/Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, dan guru. |
| Perlaksanaan | Januari |
| Tugas 3 | Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah |
| Aktiviti | ● Membuat bajet dan menyenaraikan cadangan perbelanjaan ● Menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program. |
| Objektif | ● Wang peruntukan dapat diagihkan mengikut keperluan setiap bahagian (unit PSS) ● Menggunakan peruntukan mengikut arahan yang ditetapkan. |
| Penglibatan | Jawatankuasa Induk PSS dan Pembantu Tadbir (PSS). |
| Pelaksanaan | Januari |
| Tugas 4 | Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang, dan kemas kini. |
| Aktiviti | ● Mendapatkan maklumbalas keperluan alat dan bahan ● Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada. |
| Objektif | ● Menseimbangkan pemerolehan dan pembinaan koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian. ● Mengemaskini pemerolehan dan pembinaan Koleksi. |
| Penglibatan | Jawatankuasa Kerja PSS. |
| Pelaksanaan | Sepanjang tahun. |
| Tugas 5 | Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran |
| Aktiviti | ● Merancang perkhidmatan PSS dan memaklum ● Menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dll. ● Sediakan tempat/bilik/jadual penggunaan dan bahan. ● Menyediakan rekod penggunaan dan rekod pinjaman. ● Membuat penyelenggaraan bahan yang rosak pinjaman bahan dll. ● Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada. |
| Objektif | ● Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran maklumat. ● Mengintegrasikan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. |
| Penglibatan | Jawatankuasa Induk PSS |
| Pelaksanaan | Januari hingga Oktober |
| Tugas 6 | Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu. |
| Aktiviti | ● Mesyuarat dan taklimat NILAM. ● Merangka aktiviti sepanjang tahun. ● Menjalankan aktiviti. |
| Objektif | ● Memastikan program NILAM dapat dilaksana dan berjalan dengan lancar. |
| Penglibatan | Jawatankuasa NILAM |
| Pelaksanaan | Januari hingga Oktober |
| Tugas 7 | Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalam berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah. |
| Aktiviti | ● Kemahiran cara mengguna/ mengendalikan alat dan bahan. ● Mengadakan kursus dalaman dalam pelbagai bidang untuk peningkatan ilmu. ● Mengadakan ceramah atau taklimat yang diperlukan untuk pembangunan staf. |
| Objektif | ● Meningkatkan kemahiran staf dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. |
| Penglibatan | Jawatankuasa Induk PSS\ |
| Pelaksanaan | Mac, Mei dan Julai (program sehari setiap bulan) |
| Tugas 8 | Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah. |
| Aktiviti | ● Promosi melalui panitia mata pelajaran. ● Menyediakan brosur PSS. ● Menyediakan bulletin. |
| Objektif | ● Memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan PSS. ● Menarik minat murid untuk menggunakan PSS dan menyertai setiap program yang dianjurkan. ● Membolehkan semua guru mendapat pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang didapati di PSS untuk meningkatkan P & P. |
| Penglibatan | Pentadbir Sekolah Jawatankuasa Kerja PSS Pelajar Guru |
| Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
| Tugas 9 | Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P & P berasaskan sumber. |
| Aktiviti | ● Pemerolehan bahan yang sesuai. ● Penghasilan bahan yang sesuai ● P & P menggunakan PSS dan kemahiran maklumat. |
| Objektif | ● Dapat membantu guru-guru dalam penggunaan bahan di PSS. ● Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan P & P. ● Bekerjasama dengan guru-guru menghasilkan bahan yang boleh membantu P & P. didapati di PSS untuk meningkatkan P & P. |
| Penglibatan | Jawatankuasa Kerja PSS |
| Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
| Tugas 10 | Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah |
| Aktiviti | ● Memohon Khidmat Bantu ● Kerjasama dengan PKG, PSPN dan Perpustakaan Awam dari semasa ke semasa. |
| Objektif | ● Memastikan maklumat yang diterima sentiasa terkini. ● Untuk menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah |
| Penglibatan | Jawatankuasa Kerja PSS |
| Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
| Tugas 11 | Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS |
| Aktiviti | ● Mengurus bahan yang diterima (carta aliran proses teknik) ● Sirkulasi ● Memantau dan menyelia penggunaan. ● Memantau rekod penggunaan (TV Pendidikan, Radio Sekolah, bulletin, sirkulasi dan aktiviti-aktiviti). |
| Objektif | ● Koleksi bahan boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya. |
| Penglibatan | Jawatankuasa PSS |
| Pelaksanaan | Sepanjang tahun |
| Tugas 12 | Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber Sekolah. |
| Aktiviti | ● Menentukan tarikh. ● Menghantar ● Mengadakan mesyuarat. ● Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat. |
| Objektif | ● Panduan untuk tindakan susulan pihak berkenaan. ● Menyebarkan maklumat hasil daripada mesyuarat. |
| Penglibatan | Jawatankuasa PSS |
| Pelaksanaan | Januari, Mei, Ogos |
| Tugas 13 | Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah. |
| Aktiviti | ● Merancang, menyelaras dan mengadakan Program PSS. ● Membuat pemantauan. ● Membuat laporan. |
| Objektif | ● Program PSS dapat dijalankan dengan lancar |
| Penglibatan | Jawatankuasa PSS |
| Pelaksanaan | Sepanjang Tahun |
| Tugas 14 | Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori* peralatan Pusat Sumber Sekolah. *(termasuk bahan, alatan dan perabot) |
| Aktiviti | ● Menyemak stok perolehan ● Borang inventori ● Buku stok ● Stok pergerakan bahan ● Melabel bahan ● Menempatkan bahan ● Pelupusan ● Tutup Stok. |
| Objektif | ● Bahan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna ● Mengemaskini bahan untuk penambahan bahan baru. |
| Penglibatan | Jawatankuasa PSS |
| Pelaksanaan | Sepanjang Tahun |
| Tugas 15 | Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PSSP) |
| Aktiviti | ● Menerangkan peranan Persatuan PSSP. ● Mengedarkan borang pendaftaran. ● Membantu dalam pendaftaran ahli. ● Menyertai aktiviti yang dijalankan |
| Objektif | ● Menarik lebih ramai ahli menyertai persatuan Pusat Sumber Sekolah. ● Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan. |
| Penglibatan | Jawatankuasa PSS |
| Pelaksanaan | Februari |
| Tugas 16 | Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah. |
| Aktiviti | ● Mengenal pasti masalah ● Membuat kaji selidik ● Menyediakan instumen (sebelum) ● Membuat analisis ● Menjalankan kaji selidik - selepas ● Menyediakan laporan. ● Membuat penambahbaikkan |
| Objektif | ● Mengenalpasti dan mengatasi masalah. |
| Penglibatan | Jawatankuasa PSS |
| Pelaksanaan | September |
| Tugas 17 | Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah. |
| Aktiviti | ● Menyediakan perancangan ● Menyediakan laporan ● Mengambil tindakan / memberikan maklum balas. |
| Objektif | ● Perancangan dan pelaksanaan bagi meningkat |
| Penglibatan | Guru Media |
| Pelaksanaan | Oktober |




