Jumaat, 4 Disember 2009

PELANTIKAN PENGAWAS PSS

Tarikh penghantaran borang permohonan Pengawas Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat untuk sesi persekolahan 2010 telah ditutup sejak 1 Disember 2009.

Sehingga tarikh tersebut seramai 60 orang telah menghantar permohonan dan sedia menerima syarat pelantikan Pengawas PSS 2010 sebagaimana yang ditetapkan.

Panel Pelantikan telah bersetuju melantik semua pemohonan yang diterima dan majlis pelantikan serta penyerahan watikah lantikan akan diserahkan pada minggu pertama persekolahan sesi 2010.

Tahniah.

GPM 2009.

Khamis, 26 November 2009

WAKAF BUKU

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsan Bandar Pusat, menganjurkan satu program bagi menambah koleksi buku agar nisbah buku : murid mencapai 20:1 menjelang 2012.

Ketika ini nisbah 12:1 hanya mampu dicapai menerusi penambahan koleksi buku dari Unit Self Access Learning Centre (SALC) dan ditambah dengan koleksi dari unit-unit lain di sekolah ini. Namun koleksi buku di Unit Perpustakaan hanya sekitar 10:1 dan sentiasa berkurang saban tahun berikutan Program NILAM yang memerlukan banyak buku bacaan, sering rosak dan hilang berikutan Projek Pukal (Bakul) yang diletakkan dalam setiap bilik darjah di sekolah ini.

Berikutan bilangan murid yang berjumlah menjangkau 700 orang, untuk mencapai target 20:1 , PSS SK Bandar pusat, terutama Unit Perpustakaan perlu memiliki sekurang-kurangnya 14000 buah buku pelbagai judul.

Oleh itu, PSS SK Bandar Pusat sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas sebagai satu amal jariah dalam program WAKAF BUKU 2010.

Semua buku yang diwakaf akan dikatalog dari punca WAKAF BUKU dan PSS SK Bandar Pusat akan menghantar Sijil Wakaf sebagai bukti penerimaan buku yang diwakafkan.

Sila wakafkan buku anda ke alamat berikut :

Guru Perpustakaan dan Media,
Pusat Sumber Sekolah,
SK Bandar Pusat,
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka,
Pahang Darul Makmur.
(UP : En. Zahid Bin Bakar)

Sabtu, 31 Oktober 2009

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Bermula 26 Oktober 2009 hingga 6 November 2009, Pusat Sumber sekolah, SK Bandar Pusat dimeriahkan dengan pelbagai program berkaitan Kem Membaca 1Malaysia.

Kebanyakkan program pada 2 hingga 6 November 2009 melibatkan murid tahun 6 berikutan murid tahun 1 hingga 5 menghadapi pepriksaan akhit tahun (PKSR 4 - P4).

GPM 2009.

Selasa, 20 Oktober 2009

Pendokumentasian

Pendokumentasian merupakan antara ciri dan faktor utama kekuatan sesebuah PSS. Sistem fail yang lengkap dan memenuhi kriteria menambah kecemerlangan sesebuah PSS itu. Ditambah pula kemudahan dan keceriaan yang dipamerkan menyerlahkan kesediaan sesebuah PSS menerima pelanggan yang sedia memanfaat PSS.

Bukti penggunaan diikuti dengan unjuran dan dapatan berpandukan data dan graf capaian merupakan dokumen yang menyokong kekuatan dan kecemerlangan.

Namun PSS SKBP masih perlu meningkatkan usaha dalam penyediaan bahan berunsur pendokumentasian dan sedia menambah pelbagai bahan dalam bentuk bahan cetak, bahan pamer dan koleksi simpanan data sama ada berbentuk kertas kerja mahupun storan CD.

Jawatankuasa Induk dan Kerja PSS SKBP perlu bersedia dengan perancangan yang mampan termasuk perancangan 5 tahun PSS (2009 - 2013) dan mampu mempamerkan prestasi cemerlang bermula dari sekarang.

Sumberku : GPM 2009

Jumaat, 9 Oktober 2009

Terima kasih semua

Pemantauan dan penilaian PSS SKBP telah berlangsung, pada 7 Oktober 2009 (Rabu) dengan lancar.

Segala penat lelah persiapan sepanjang tahun membangunkan PSS telah berjaya dilaksanakan dan diharap mendapat imbuhan yang sewajarnya hasil penilaian untuk Anugerah Bintang Perpuspa Negeri Pahang itu.

Terima kasih diucapkan kepada En. Kamarulzaman dan En. Razali dari BTPN Pahang atas bimbingan dan cadangan membina yang dihulurkan kepada kami.

Buat masa ini, PSS SKBP sedang mengumpul semula kekuatan dan cuba mengenal pasti kekurangan dan kelemahan untuk menghadapi 2010 agar lebih cemerlang.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja yang terlibat dalam memastikan PSS SKBP antara pss yang memiliki ciri-citi dan mampu mengoptimumkan penggunaannya dalam kalangan guru, kakitangan dan yang penting pelanggan utama iaitu murid-murid.

Guru Perpustakaan dan Media 2009.

Khamis, 1 Oktober 2009

LADAP ICT PENDIDIKAN KHAS

Satu program Ladap sedang diadakan di Makmal Komputer SK Bandar Pusat.

ladap ICT ini melibatkan sebahagianbesar guru SK Bandar Pusat.

Khamis, 17 September 2009

RAMADHAN DAN SYAWAL

Pusat Sumber Sekolah, SK Bandar Pusat mengucapkan Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua pengunjung blog ini.

Sesungguhnya dalam Ramadhan ini, PSS SK Bandar Pusat terus beroperasi dengan lancar dan berjaya mengendalikan beberapa aktiviti untuk kepentingan warga SK Bandar Pusat. Memandangkan Bulan Merdeka berada dalam bulan Ramadhan jadi PSS telah menganjurkan pertandingan Buku Skrap 1 Malaysia dan pameran bertema bertemakan Rentetan Kemerdekaan.

Bersempena dengan kedatangan Syawal pula, PSS SK Bandar Pusat sedang menganjurkan Pertandingan Membuat Kad Raya.

Salam Aidilfitri buat semua. GPM 2009