Sabtu, 6 Ogos 2011

TAMAN NILAM ISLAMIAH

Satu Taman NILAM Islamiah akan dibangunkan oleh PSS SK Bandar Pusat di perkarangan Surau SK Bandar Pusat.

Taman NILAM ini akan dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Panitia j-QAF.

Pengisian utama adalah bahan bacaan untuk program NILAM meliputi bahan berbahasa Melayu (rumi dan jawi), bahasa Inggeris dan bahasa Arab. Bahan utama adalah bahan bacaan Islam terdiri daripada buku-buku bertema Ilmuwan Islam, Ilmu Pengetahuan Islam dan buku-buku cerita berunsur Islam seperti novel dan cerpen.

Pelajar sangat digalakan memanfaatkannya seterusnya membuat catatan dalam buku NILAM apabila berada dan membaca di Taman NILAM Islamiah ini.

Pelancaran akan dibuat pada 12 Ogos 2011.

KHIDMAT BANTU PSS DI SK LKTP JENGKA 16



Satu program khidmat bantu yang telah dirasmikan oleh YB Wan Salman dan turut dihadiri Hj. Kamaruzaman BTPN Pahang berlangsung dengan lancar pada 27 dan 28 Julai 2011.

Banyak yang dapat dipelajari dengan program ini di SK LKTP Jengka 16, tahniah.



Selasa, 26 Julai 2011

KURSUS AUTOMASI SPP 2011


Pengawas PSS dan Briged Bestari PSS SK Bandar Pusat telah menghadiri Kursus Automasi SPP yang diadakan di perpustakaan pada 23 Julai 2011 yang lalu.

Isnin, 11 Julai 2011

TERKINI PSS SK BANDAR PUSAT

Harap maklum, PSS SK Bandar Pusat, telah banyak menyalurkan informasi melalui facebook berbanding blog. Sehubungan dengan itu, sila sertai facebook kami :


Semua info, peristiwa dan buletin semasa dipaparkan menerusi laman sosial ini Sila klik 'like' untuk memastikan anda terus mendapat info tentang SK Bandar Pusat.

Disediakan pada 11 Julai 2011 oleh GPM.

Jumaat, 27 Mei 2011

MOH KE PERPUSTAKAAN

Sepanjang cuti Penggal Persekolahan nanti, Unit Perpustakaan akan beroperasi pada pukul 9.30am hingga 12.30am bermula 30 Mei 2011 hingga 9 Jun 2011. Pada 3 hingga 5 Jun Perpustakaan tidak beroperasi.

Oleh itu, semua murid, ibu, bapa dan kakitangan Sekolah Kebangsaan Bandar Pusat yang ada kelapangan dijemput mengisi kelapangan yang ada dengan mengunjungi perpustakaan kami. Di samping membaca buku, kami turut menggalakkan murid membuat catatan dalam buku NILAM.

Prihatin terhadap kepentingan membaca hendaknya memungkinkan kehadiran yang optimum.

BUKU SUMBER ILMU

Khamis, 26 Mei 2011

SUKATAN PELAJARAN

Dapatkan Sukatan dan Huraian Pelajaran yang boleh diperolehi dengan klik link berikut :

Rabu, 25 Mei 2011

TAMAN NILAM


NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan dasar yang ditetapkan di bawah pelaksanaan program-program Pusat Sumber Sekolah.

Memandangkan perjalanan program ini banyak berhubung kait dengan pembacaan murid, pemantauan ibu bapa/penjaga, penilaian guru Bahasa Melayu, Guru Bahasa Inggeris dan Guru Kelas dengan penekan oleh Guru Penyelaras Program NILAM serta penyeliaan oleh Guru Perpustakaan dan Media serta pihak Pentadbiran Sekolah
, memungkinkan terdapat banyak ketirisan dan kelompongan maklumat seandainya terdapat kekangan-kekangan yang membawa kepada pengurangan jumlah bacaan buku di kalangan murid.

Sehubungan dengan itu, GPM sering diminta membuat pelbagai aktiviti bagi menggalakkan murid-murid membaca. Namun perlu pelan berterusan dan komitmen jitu daripada semua pihak bagi menjayakan NILAM.


Antara peserta NILAM Kebangsaan dalam Program Ramah Mesra.

Adalah menjadi harapan agar terdapatnya calon NILAM Kebangsaan dari SK Bandar Pusat, namun perlu diingat bahawa usaha melahirkan calon NILAM bukan boleh dihasilkan dengan kadar segera tetapi perlu berterusan dari peringkat rendah (Tahun 1) dengan memiliki calon yang petah, berketrampilan, penuh informasi, berkebolehan, dan yang penting sudah pasti memiliki bacaan buku yang bermutu dan tercatat dalam buku NILAM masing-masing.

Sehubungan dengan itu, PSS SK Bandar Pusat sedang dalam perancangan dan mula menggerakkan anggotanya untuk membina sebuah Taman NILAM yang mendokong objektif-objektif dan falsafah Program NILAM tersebut.

Semoga 2013 akan membuahkan satu lonjakan berkilauan dan mengharumkan nama SK Bandar Pusat.

Disediakan GPM SK Bandar Pusat, 25 Mei 2011.