Selasa, 21 Februari 2012

SESI FOTOGRAFI STAF SK BANDAR PUSAT

Satu sesi fotografi individu dalam ukuran pasport telah dijalankan dengan kerjasama PKG Bandar Pusat bermula 12 hingga 13 Februari yang lalu.

Foto yang dihasilkan kelak akan digunakan untuk kegunaan pelbagai unit-unit di SK Bandar Pusat bagi menyiapkan Carta Organisasi masing-masing. Ini berikutan koleksi gambar terdahulu terdapat pelbagai latar belakang dan telah banyak guru yang bertukar ke sekolah lain juga tidak kurang guru yang baru bertugas di sekolah ini.

Terima kasih di atas kerjasama semua warga SK Bandar Pusat dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pusat di atas bantuan yang diberi.

Oleh GPM SKBP 2012

PAMERAN MAULIDUR RASUL

Pameran bertema yang pertama anjuran Panitia Pendidikan Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berlangsung di perkarangan Laman NILAM Islamiah SK Bandar Pusat.

Panitia Pendidikan Islam telah mempamerkan pelbagai bahan termasuk carta dan model untuk ditatapi, dihayati dan difahami berkenaan dengan Islam dan Rasulullah.

PSS menumpang gembira kerana Panitia Pendidikan Islam telah memulakan satu aktiviti yang sangat bermanfaat kepada seluruh warga SK Bandar Pusat. Menjadi harapan agar panitia-panitia lain akan turut mengatur langkah menganjur pameran-pameran bertema.

oleh GPM SKBP 2012.

Jumaat, 3 Februari 2012

JADUAL PSS


JAWATANKUASA INDUK PSS 2012

PERANCANGAN PSS 2012


Bil

Perkara / Kegiatan / Aktiviti / Program

Cadangan Tarikh

Tindakan

1

Minggu Bahasa

Panitia BM & GPM

2

Minggu Bahasa Inggeris

Panitia BI & GPM

3

Minggu Sains

Panitia Sains & GPM

4

Minggu Matematik

Panitia Matematik & GPM

5

MingguPendidikan Islam & Moral

Panitia Pend. Islam /GPM

6

Minggu j-QAF

Panitia j-QAF & GPM

7

Pameran Bertema

1 Tema setiap bulan

GPM & Semua Panitia

8

Bulan Sastera/Bahasa

September 2012

GPM

9

Bulan Merdeka

Ogos – Sept. 2012

Panitia KT & GPM

10

Bulan PSS

Julai – Ogos 2012

GPM & GPB

11

Perlantikan Pengawas PSS

Nov 2011 – Jan 2012

GPM & GPB

12

Kursus Dalaman (Guru dan Kakitangan)

Feb – Jun 2012

GPM & GPB

13

Kursus Proses Teknik (Pengawas)

Februari 2012

GPM

14

PSS Digital

Jan – Dis 2012

GPM

15

PSS & Komuniti

Feb – Dis 2012

GPM

16

Kursus Penulisan Blog (Briged Bestari)

Februari 2012

GPM & GPB

17

Sesi Fotografi

April 2012

GPM

18

Kemaskini Blog dan Web

Sepanjang Tahun

GPM

19

Program 5S

Mac 2012

GPM

20

Rakaman dan Dokumentari

Setiap Program Sekolah

Unit Rakaman

21

Persembahan Multimedia

Atas Permintaan

Unit Multimedia

22

Kem Membaca 1 Malaysia

Oktober 2012

GPM & KP BM

MOTIVASI KURIKULUM KEPIMPINAN PELAJAR

Satu kursus berbentuk motivasi kepimpinan untuk Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Briged Bestari akan diadakan pada 4 Februari 2012 bertempat di SK Bandar Pusat. Program tersebut akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Sebahagian besar program tersebut akan dimuatkan dengan aspek kepimpinan yang perlu ada dalam kalangan pelajar terutamanya Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Briged Bestari yang akan melaksanakan tugas sebagaimana telah diamanahkan.

Program ini turut disertai oleh Pengawas Sekolah, Ketua-Ketua Kelas dan Jawatankuasa Utama Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform. Lebih kurang 180 orang murid akan turut serta dalam program berkenaan.

Kemuncak program, Watikah Pelantikan akan disampaikan dan diikuti dengan aku janji. Hendaknya, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Briged Bestari lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah yang delah dipersetujui.

Selasa, 9 Ogos 2011

TUGAS GPM

INDEKS PERINCIAN TUGASAN 2011

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

SK BANDAR PUSAT

(SEBAGAI PANDUAN KEPADA GPM DAN UBAH SUAI JIKA PERLU)

BIL

TUGAS

BULAN

1

Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 – 8 waktu seminggu.

Januari

2

Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid.

Januari

3.

Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Januari

4

Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemas kini.

Januari

5

Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Januari

6

Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

Januari

7

Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

Sepanjang tahun

8

Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.

Sepanjang tahun

9

Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.

Sepanjang tahun

10

Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG / Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.

Sepanjang tahun

11

Penyelia dan mengurus bahan-bahan PSS.

Sepanjang tahun

12

Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber Sekolah

Januari

Mei

Ogos

13

Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.

Sepanjang tahun

14

Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.

(termasuk bahan, alatan dan perabot)

Sepanjang tahun

15

Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PSSP).

Sepanjang tahun

16

Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

Sepanjang tahun

17

Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

Oktober

18

Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan PSPN pada bulan Oktober setiap tahun.

Oktober

PERINCIAN TUGAS

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA


Tugas 1

Merancang dan mengajar mata pelajaran antara 6 - 8 waktu seminggu

Aktiviti

● Menyediakan rancangan pengajaran harian, mingguan, dan tahunan (mengikut subjek yang diajar)

● Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran.

Objektif

● Mengekalkan kemahiran sebagai guru dalam pengajaran dan pembelajaran biasa.

● Mengekalkan keistimewaan sebagai guru di sekolah.

Penglibatan

Penolong Kanan Pentadbiran dan Jawatankuasa pentadbiran

Pelaksanaan

Januari – November

Tugas 2

Merancang dan melaksanakan dasar dan program tahunan PSS bersama-sama Pengetua / Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, Guru, dan murid.

Aktiviti

● Mengadakan mesyuarat Jk Induk

● Mengadakan mesyuarat Jk Kerja

● Mengadakan mesyuarat Pengawas PSS

● Menyediakan takwim dan perancangan aktiviti tahunan

● Mewujudkan / membuat pindaan fail kuasa mengikut kesesuaian

Objektif

● Memastikan pelaksanaan dasar yang dirancang diselaraskan

● Dasar dan program yang dirancang dapat disebarkan kepada semua yang terlibat.

Penglibatan

Pengetua/Guru Besar, kakitangan Pusat Sumber Sekolah, dan guru.

Perlaksanaan

Januari

Tugas 3

Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

Aktiviti

● Membuat bajet dan menyenaraikan cadangan perbelanjaan

● Menyediakan kertas kerja untuk menjalankan program.

Objektif

● Wang peruntukan dapat diagihkan mengikut keperluan setiap bahagian (unit PSS)

● Menggunakan peruntukan mengikut arahan yang ditetapkan.

Penglibatan

Jawatankuasa Induk PSS dan Pembantu Tadbir (PSS).

Pelaksanaan

Januari

Tugas 4

Merancang pemerolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang, dan kemas kini.

Aktiviti

● Mendapatkan maklumbalas keperluan alat dan bahan

● Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.

Objektif

● Menseimbangkan pemerolehan dan pembinaan koleksi mengikut keperluan dan kesesuaian.

● Mengemaskini pemerolehan dan pembinaan Koleksi.

Penglibatan

Jawatankuasa Kerja PSS.

Pelaksanaan

Sepanjang tahun.

Tugas 5

Merancang dan melaksanakan Program Kemahiran Maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti

● Merancang perkhidmatan PSS dan memaklumkan perkhidmatan yang disediakan kepada guru

● Menyediakan borang-borang tempahan bilik, pinjaman bahan dll.

● Sediakan tempat/bilik/jadual penggunaan dan bahan.

● Menyediakan rekod penggunaan dan rekod pinjaman.

● Membuat penyelenggaraan bahan yang rosak pinjaman bahan dll.

● Merancang pembelian bahan koleksi yang berkurangan atau yang belum ada.

Objektif

● Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kemahiran maklumat.

● Mengintegrasikan literasi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penglibatan

Jawatankuasa Induk PSS

Pelaksanaan

Januari hingga Oktober

Tugas 6

Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.

Aktiviti

● Mesyuarat dan taklimat NILAM.

● Merangka aktiviti sepanjang tahun.

● Menjalankan aktiviti.

Objektif

● Memastikan program NILAM dapat dilaksana dan berjalan dengan lancar.

Penglibatan

Jawatankuasa NILAM

Pelaksanaan

Januari hingga Oktober

Tugas 7

Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalam berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti

● Kemahiran cara mengguna/ mengendalikan alat dan bahan.

● Mengadakan kursus dalaman dalam pelbagai bidang untuk peningkatan ilmu.

● Mengadakan ceramah atau taklimat yang diperlukan untuk pembangunan staf.

Objektif

● Meningkatkan kemahiran staf dalam tugas-tugas yang berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah.

Penglibatan

Jawatankuasa Induk PSS\

Pelaksanaan

Mac, Mei dan Julai (program sehari setiap bulan)

Tugas 8

Merancang, dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti

● Promosi melalui panitia mata pelajaran.

● Menyediakan brosur PSS.

● Menyediakan bulletin.

Objektif

● Memberikan maklumat yang lebih tepat berkaitan dengan PSS.

● Menarik minat murid untuk menggunakan PSS dan menyertai setiap program yang dianjurkan.

● Membolehkan semua guru mendapat pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang didapati di PSS untuk meningkatkan P & P.

Penglibatan

Pentadbir Sekolah

Jawatankuasa Kerja PSS

Pelajar

Guru

Pelaksanaan

Sepanjang tahun

Tugas 9

Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan P & P berasaskan sumber.

Aktiviti

● Pemerolehan bahan yang sesuai.

● Penghasilan bahan yang sesuai

● P & P menggunakan PSS dan kemahiran maklumat.

Objektif

● Dapat membantu guru-guru dalam penggunaan bahan di PSS.

● Menyediakan bahan yang bersesuaian dengan P & P.

● Bekerjasama dengan guru-guru menghasilkan bahan yang boleh membantu P & P. didapati di PSS untuk meningkatkan P & P.

Penglibatan

Jawatankuasa Kerja PSS

Pelaksanaan

Sepanjang tahun

Tugas 10

Berhubung dan bekerjasama dengan Pusat Sumber Pendidikan Negeri, PKG/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah

Aktiviti

● Memohon Khidmat Bantu

● Kerjasama dengan PKG, PSPN dan Perpustakaan Awam dari semasa ke semasa.

Objektif

● Memastikan maklumat yang diterima sentiasa terkini.

● Untuk menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah

Penglibatan

Jawatankuasa Kerja PSS

Pelaksanaan

Sepanjang tahun

Tugas 11

Menyelia dan mengurus bahan-bahan PSS

Aktiviti

● Mengurus bahan yang diterima (carta aliran proses teknik)

● Sirkulasi

● Memantau dan menyelia penggunaan.

● Memantau rekod penggunaan (TV Pendidikan, Radio Sekolah, bulletin, sirkulasi dan aktiviti-aktiviti).

Objektif

● Koleksi bahan boleh dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Penglibatan

Jawatankuasa PSS

Pelaksanaan

Sepanjang tahun

Tugas 12

Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk dan JK Kerja Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti

● Menentukan tarikh.

● Menghantar surat panggilan mesyuarat.

● Mengadakan mesyuarat.

● Menyediakan dan mengedar minit mesyuarat.

Objektif

● Panduan untuk tindakan susulan pihak berkenaan.

● Menyebarkan maklumat hasil daripada mesyuarat.

Penglibatan

Jawatankuasa PSS

Pelaksanaan

Januari, Mei, Ogos

Tugas 13

Memantau dan mengawal selia pelaksanaan program Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti

● Merancang, menyelaras dan mengadakan Program PSS.

● Membuat pemantauan.

● Membuat laporan.

Objektif

● Program PSS dapat dijalankan dengan lancar

Penglibatan

Jawatankuasa PSS

Pelaksanaan

Sepanjang Tahun

Tugas 14

Melaksanakan tugas semakan stok dan inventori* peralatan Pusat Sumber Sekolah. *(termasuk bahan, alatan dan perabot)

Aktiviti

● Menyemak stok perolehan

● Borang inventori

● Buku stok Kew 313, Kew 314, Kew 312

● Stok pergerakan bahan

● Melabel bahan

● Menempatkan bahan

● Pelupusan

● Tutup Stok.

Objektif

● Bahan sentiasa dalam keadaan baik dan sempurna

● Mengemaskini bahan untuk penambahan bahan baru.

Penglibatan

Jawatankuasa PSS

Pelaksanaan

Sepanjang Tahun

Tugas 15

Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri (PSSP)

Aktiviti

● Menerangkan peranan Persatuan PSSP.

● Mengedarkan borang pendaftaran.

● Membantu dalam pendaftaran ahli.

● Menyertai aktiviti yang dijalankan

Objektif

● Menarik lebih ramai ahli menyertai persatuan Pusat Sumber Sekolah.

● Bekerjasama dalam menjayakan aktiviti persatuan.

Penglibatan

Jawatankuasa PSS

Pelaksanaan

Februari

Tugas 16

Menjalankan penyelidikan / kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti

● Mengenal pasti masalah

● Membuat kaji selidik

● Menyediakan instumen (sebelum)

● Membuat analisis

● Menjalankan kaji selidik - selepas

● Menyediakan laporan.

● Membuat penambahbaikkan

Objektif

● Mengenalpasti dan mengatasi masalah.

Penglibatan

Jawatankuasa PSS

Pelaksanaan

September

Tugas 17

Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.

Aktiviti

● Menyediakan perancangan

● Menyediakan laporan

● Mengambil tindakan / memberikan maklum balas.

Objektif

● Perancangan dan pelaksanaan bagi meningkatkan pembangunan, pengurusan dan kewangan PSS.

Penglibatan

Guru Media

Pelaksanaan

Oktober