Ketika ini, Perpustakaan SK Bandar Pusat melaksanakan pinjaman yang menggalakkan dalam kalangan murid di sekolah ini. Ditambah dengan murid Tahun 6 baru tamat UPSR dan minggu-minggu terakhir sebelum peperiksaan akhir tahun P4 yang akan berlangsung pada 8 hingga 12 Oktober 2012.
Namun harus disedari, sebahagian buku-buku baru yang dipinjam tidak kembali ke perpustakaan. Mungkin sebab buku-buku tersebut memang baru berada dalam pasaran dan menjadi sebutan dan rebutan pembaca.
Sehubungan itu, Unit Perpustakaan mengingatkan peminjam-peminjam buku perpustakaan agar memulangkan buku-buku yang dipinjam ke perpustakaan bukan mengedarnya dalam kalangan rakan-rakan yang ingin meminjam buku-buku berkenaan tanpa memulangkannya terlebih dahulu ke perpustakaan.
Untuk makluman semua murid dan warga SK Bandar Pusat, Penilaian NILAM akan dibuat pada 15 hingga 19 Oktober 2012. Oleh itu, pastikan anda menyiapkan rekod NILAM sebaik-baiknya. Pada 22 Oktober 2012, Program Fastival Gemuruh NILAM akan dilaksanakan berikutan program Kem Membaca 1Malaysia dan READ 2012 yang akan berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober 2012 bagi negeri Pahang.
Sehingga kini terdapat 5 penerima Anugerah NILAM, 8 penerima Anugerah Emas, 9 penerima Anugerah Perak dan 72 penerima Anugerah Gangsa yang akan disampaikan dalam program Fastival Gemuruh NILAM SK Bandar Pusat 2012.
GPM dan JK NILAM mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya.
Selasa, 2 Oktober 2012
Jumaat, 21 September 2012
Bengkel MSPowerPoint 2010
PKG Bandar Pusat, menyerlahkan keupayaannya dengan mengadakan sesi bengkel MSPowerPoint 2010. Satu perubahan dalam aplikasi persembahan MSPowerpoint.
GPM SK Bandar Pusat ada turut mengikuti beberapa sesi yang berlangsung pada 20 dan 21 September 2012. Memang banyak tool baru dan pelbagai fungsi yang rugi jika tidak dipelajari oleh para guru. Walaupun sesi yang dijalankan rengkas, namun MSPowerPoint sememang pengetahuan sedia ada para guru mampu membuatkan hasilan-hasilan persembahan dalam bentuk slide (format *.ppt/ppts/pptx) ditukar kepada video (format *.wmv).
SK Bandar Pusat diwakili GPK 1, Haji Abdul Ghani dan FT, Puan Zaliza dalam program berkenaan.
GPM SK Bandar Pusat ada turut mengikuti beberapa sesi yang berlangsung pada 20 dan 21 September 2012. Memang banyak tool baru dan pelbagai fungsi yang rugi jika tidak dipelajari oleh para guru. Walaupun sesi yang dijalankan rengkas, namun MSPowerPoint sememang pengetahuan sedia ada para guru mampu membuatkan hasilan-hasilan persembahan dalam bentuk slide (format *.ppt/ppts/pptx) ditukar kepada video (format *.wmv).
SK Bandar Pusat diwakili GPK 1, Haji Abdul Ghani dan FT, Puan Zaliza dalam program berkenaan.
Isnin, 6 Ogos 2012
BULAN PSS
klik link berikut untuk ikuti Program Bulan PSS SK Bandar Pusat 2012
http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/2012/07/bulan-pss-2012.html
Sila kunjungi kami selalu di http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/
http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/2012/07/bulan-pss-2012.html
Sila kunjungi kami selalu di http://www.pss-skbp-jengka.blogspot.com/
Selasa, 21 Februari 2012
SESI FOTOGRAFI STAF SK BANDAR PUSAT
Satu sesi fotografi individu dalam ukuran pasport telah dijalankan dengan kerjasama PKG Bandar Pusat bermula 12 hingga 13 Februari yang lalu.
Foto yang dihasilkan kelak akan digunakan untuk kegunaan pelbagai unit-unit di SK Bandar Pusat bagi menyiapkan Carta Organisasi masing-masing. Ini berikutan koleksi gambar terdahulu terdapat pelbagai latar belakang dan telah banyak guru yang bertukar ke sekolah lain juga tidak kurang guru yang baru bertugas di sekolah ini.
Terima kasih di atas kerjasama semua warga SK Bandar Pusat dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pusat di atas bantuan yang diberi.
Oleh GPM SKBP 2012
PAMERAN MAULIDUR RASUL
Pameran bertema yang pertama anjuran Panitia Pendidikan Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berlangsung di perkarangan Laman NILAM Islamiah SK Bandar Pusat.
Panitia Pendidikan Islam telah mempamerkan pelbagai bahan termasuk carta dan model untuk ditatapi, dihayati dan difahami berkenaan dengan Islam dan Rasulullah.
PSS menumpang gembira kerana Panitia Pendidikan Islam telah memulakan satu aktiviti yang sangat bermanfaat kepada seluruh warga SK Bandar Pusat. Menjadi harapan agar panitia-panitia lain akan turut mengatur langkah menganjur pameran-pameran bertema.
oleh GPM SKBP 2012.
Jumaat, 3 Februari 2012
Langgan:
Catatan (Atom)