Isnin, 10 Ogos 2009

LONJAKAN SAUJANA


SK Bandar Pusat melakar Johan Nasyid Festival Nasyid Kebangsaan di Kompleks Belia Indera Mahkota Kuantan hasil curahan keringat sejak 2005 di bawah bimbingan beberapa orang guru dengan teraju utama Puan Masrina binti Mohd Salleh.

Dalam pada itu, Pasukan Nasyid Sk Bandar Pusat turut mengukir kegembiraan berganda kerana kali kedua menjuarai Pertandingan Nasyid Mukmin Kebangsaan.

Pusat Sumber Sekolah berbangga dengan kejayaan ini dan sedutan berita festival berkenaan boleh diikuti melalui www.eduwebtv.com bertarikh 22.Julai 2009 - GPM 2009 -

Khamis, 21 Mei 2009

Anugerah Bintang Perpuspa

Persatuan Perpustakaan Pahang telah mengedarkan borang penilaian/pemantauan kendiri ke sekolah.

Buat masa ini, borang yang dibekalkan tiada masalah untuk diisi dan dikembalikan.

Pada tahun ini, sebagai Guru Perpustakaan dan Media yang baru dipertanggungjawabkan tugas ini sejak Januari 2009, menjadi harapan agar status finalis yang diterima pada tahun lepas akan ada perubahan drastik.

Insyaalah.

Sabtu, 18 April 2009

LaDap SK LKTP Jengka 2

Ini adalah sesi latihan memasukkan (upload) gambar ke blog, sebagai contoh...di atas.

Sekarang saya sedang menyertai LaDap (Latihan Dalam Perkhidmatan) sebahagi fasilitator di SK Jengka 2.


Sejumlah 30 orang staf telah menjayakannya

Satu kejayaan dan kebanggaan institusi pendidikan di sini.

GPDM SK BP

Isnin, 13 April 2009

PSS?

Dikatakan, PSS di sesebuah institusi meliputi empat penjuru pagar sesebuah institusi. Segala yang terkandung di dalam lingkungan pagar tersebut merupakan sumber pembelajaran dan pengajaran kepada keseluruhan institusi berkenaan. Manakala, paparan maklumat di luar atau terkeluar daripada lingkungan tersebut menjadi info kepada seluruh komuniti yang mengikuti dan memerhati institusi berkenaan.

Sehubungan dengan itu, PSS memikul peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan keseluruhan warga institusi dan komuniti setempat memperolehi manfaat daripada kewujudan PSS ini.

Adalah menjadi harapan dan cita-cita Guru Perpustakaan dan Media (GPDM) sesebuah sekolah itu mencipta sesuatu impak yang mampu menerjah kebuntuan mengoptimum fungsi PSS. Kekangan yang menjadi ukiran calar memaksimumkan kepenggunaannya adalah lokasi dan koleksi berikutan kekerapan PSS sesebuah sekolah menjadi satu lokasi kaku dan koleksi yang beku, tidak kurang koleksi yang terlaku mencair hingga susut nilai tidak bernilai.

Sehingga pertengahan April 2009 ini, segala usaha telah dicuba untuk mengembalikan peranan gemilang PSS di sekolah ini, namun masih terdapat lompong-lompong yang perlu diatasi.

Penyusunan dan pengemaskinian mengambil masa berikutan sumber tenaga terhad. Pengeditan, pengkatalogan dan penjilidan mengalami kerumitan pengetahuan yang baru diasah (baru dilantik).

Kursus, taklimat dan bengkel mampu mengurangkan lompongan itu, namun tatkala kita berkursus, bertaklimat, berbengkel pengabaian PSS telah mengakibatkan kelompongan itu merebak. Sekembalinya pula, tugasan-tugasan baru bersama ilmu baru menindih minda dan keringat di samping peranan selaku guru mata pelajaran dan lain-lain jawatan.

Sebagai cadangan, organisani PSS perlu dokongan seluruh struktur institusi dan organisasi, kealfaan melaksanaan peranan akan berlaku kepincangan dan kegusaran pencapaian sasaran. Pengawas PSS perlu efisien dan perubahan mentaliti. Guru dan murid perlu memiliki kridibiliti sebagai pengguna PSS. Sebagai GPDM saya perlukan satu perubahan paradigm dalam diri dan minda saya.

Bergerak dari sekarang, jangan tunggu arahan. Bertindak mengikut keutamaan dan laksana mengikut perancangan.


GPDM PSS SKBP 2009 dengan satu keazaman.

Isnin, 6 April 2009

Sumberku Mac 2009


Tekun sungguh ...

Berucaplah sikit...
Buat apa yang patut...

Program khidmat bantu PSS PKG Bandar Pusat
di SK LKTP Jengka 17 (10 - 11 Mac 2009)

Turut menyumbang tugas sebagai
Rakan Penggerak ICT PKG Bandar Pusat di dalam
MSSM Maran 3 - 5 Mac 2009
dan MSSM Pahang 23 - 27 Mac 2009
(Pegawai Photofinish MSSM Maran & Pahang 2009)

Sabtu, 14 Mac 2009

AKTIVITI PSS SK BP JAN - MAC 09

KURSUS EDUWEBTV.COM GURU-GURU MARAN DI MAKMAL ICT SKBP 09
KECERIAAN BILIK OPERASI NILAM BERSAMA PENGAWAS PSS 09

PROGRAM BACAAN SENYAP JANUARI 09


WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 09






Isnin, 2 Mac 2009

NILAM

NILAM singkatan Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang bersesuaian.

Penilaian program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara kumulatif sehingga murid-murid menamatkan persekolahan.

Ini merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bermatlamat membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknilogi Pendidikan berperanan sebagai urus setia dan pelaksanaannya dilakukan oleh pihak sekolah menerusi Pusat Sumber Sekolah.

Perlaksanaannya bermula pada 22 Mei 1998 menerusi surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara ciri-ciri pelaksanaan NILAM ialah :

1. Membaca dan merekodkan bahan bacaan
2. Mengesahkan rekod dan mengumpul data
3. Memberi pengiktirafan dan ganjaran

Terdapat dua tahap pelaksanaan iaitu :

1. Tahap Jauhari
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar. Mereka perlu berusaha mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
  • 90 - 179 (gangsa)
  • 180 - 269 (perak)
  • 270 - 359 (emas)
  • 360 ke atas (NILAM)
2. Tahap Rakan Pembaca
Murid sudah membaca lebih 100 buah buku, mereka layak tahap ini. Terdapat aktiviti yang dilaksanakan dengan bimbingan guru. Pengiraan markah aktiviti diberi mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti seperti berikut :
  • Bercerita (1 sesi = 5 markah)
  • Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
  • Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
  • Meminjamkan Buku (1 buku x 5 peminjam = 5 markah)
Ganjarannya pula adalah seperi berikut :

  • 100 - 199 markah (gangsa)
  • 200 - 299 markah (perak)
  • 300 - 399 markah (emas)
  • 400 ke atas markah (NILAM)
Sehubungan dengan itu, Pusat Sumber Sekolah sangat memerlukan bahan yang mencukupi dan berkualiti dalam memenuhi aspirasi tersebut memurni dan merealisi program ini. Disamping pembabitan ibu, bapa, penjaga, kerjasama semua termasuk guru dan komuniti setempat sangat diharapkan terutama dalam penyediaan bahan bacaan dan prasarana pembacaan buku yang bersesuai.

Oleh : GPDM SKBP 2009