Sabtu, 18 April 2009

LaDap SK LKTP Jengka 2

Ini adalah sesi latihan memasukkan (upload) gambar ke blog, sebagai contoh...di atas.

Sekarang saya sedang menyertai LaDap (Latihan Dalam Perkhidmatan) sebahagi fasilitator di SK Jengka 2.


Sejumlah 30 orang staf telah menjayakannya

Satu kejayaan dan kebanggaan institusi pendidikan di sini.

GPDM SK BP

Isnin, 13 April 2009

PSS?

Dikatakan, PSS di sesebuah institusi meliputi empat penjuru pagar sesebuah institusi. Segala yang terkandung di dalam lingkungan pagar tersebut merupakan sumber pembelajaran dan pengajaran kepada keseluruhan institusi berkenaan. Manakala, paparan maklumat di luar atau terkeluar daripada lingkungan tersebut menjadi info kepada seluruh komuniti yang mengikuti dan memerhati institusi berkenaan.

Sehubungan dengan itu, PSS memikul peranan dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan keseluruhan warga institusi dan komuniti setempat memperolehi manfaat daripada kewujudan PSS ini.

Adalah menjadi harapan dan cita-cita Guru Perpustakaan dan Media (GPDM) sesebuah sekolah itu mencipta sesuatu impak yang mampu menerjah kebuntuan mengoptimum fungsi PSS. Kekangan yang menjadi ukiran calar memaksimumkan kepenggunaannya adalah lokasi dan koleksi berikutan kekerapan PSS sesebuah sekolah menjadi satu lokasi kaku dan koleksi yang beku, tidak kurang koleksi yang terlaku mencair hingga susut nilai tidak bernilai.

Sehingga pertengahan April 2009 ini, segala usaha telah dicuba untuk mengembalikan peranan gemilang PSS di sekolah ini, namun masih terdapat lompong-lompong yang perlu diatasi.

Penyusunan dan pengemaskinian mengambil masa berikutan sumber tenaga terhad. Pengeditan, pengkatalogan dan penjilidan mengalami kerumitan pengetahuan yang baru diasah (baru dilantik).

Kursus, taklimat dan bengkel mampu mengurangkan lompongan itu, namun tatkala kita berkursus, bertaklimat, berbengkel pengabaian PSS telah mengakibatkan kelompongan itu merebak. Sekembalinya pula, tugasan-tugasan baru bersama ilmu baru menindih minda dan keringat di samping peranan selaku guru mata pelajaran dan lain-lain jawatan.

Sebagai cadangan, organisani PSS perlu dokongan seluruh struktur institusi dan organisasi, kealfaan melaksanaan peranan akan berlaku kepincangan dan kegusaran pencapaian sasaran. Pengawas PSS perlu efisien dan perubahan mentaliti. Guru dan murid perlu memiliki kridibiliti sebagai pengguna PSS. Sebagai GPDM saya perlukan satu perubahan paradigm dalam diri dan minda saya.

Bergerak dari sekarang, jangan tunggu arahan. Bertindak mengikut keutamaan dan laksana mengikut perancangan.


GPDM PSS SKBP 2009 dengan satu keazaman.

Isnin, 6 April 2009

Sumberku Mac 2009


Tekun sungguh ...

Berucaplah sikit...
Buat apa yang patut...

Program khidmat bantu PSS PKG Bandar Pusat
di SK LKTP Jengka 17 (10 - 11 Mac 2009)

Turut menyumbang tugas sebagai
Rakan Penggerak ICT PKG Bandar Pusat di dalam
MSSM Maran 3 - 5 Mac 2009
dan MSSM Pahang 23 - 27 Mac 2009
(Pegawai Photofinish MSSM Maran & Pahang 2009)

Sabtu, 14 Mac 2009

AKTIVITI PSS SK BP JAN - MAC 09

KURSUS EDUWEBTV.COM GURU-GURU MARAN DI MAKMAL ICT SKBP 09
KECERIAAN BILIK OPERASI NILAM BERSAMA PENGAWAS PSS 09

PROGRAM BACAAN SENYAP JANUARI 09


WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS 09






Isnin, 2 Mac 2009

NILAM

NILAM singkatan Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang bersesuaian.

Penilaian program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpul secara kumulatif sehingga murid-murid menamatkan persekolahan.

Ini merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang bermatlamat membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknilogi Pendidikan berperanan sebagai urus setia dan pelaksanaannya dilakukan oleh pihak sekolah menerusi Pusat Sumber Sekolah.

Perlaksanaannya bermula pada 22 Mei 1998 menerusi surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia.

Antara ciri-ciri pelaksanaan NILAM ialah :

1. Membaca dan merekodkan bahan bacaan
2. Mengesahkan rekod dan mengumpul data
3. Memberi pengiktirafan dan ganjaran

Terdapat dua tahap pelaksanaan iaitu :

1. Tahap Jauhari
Murid pada peringkat ini wajib membaca banyak buku sebaik sahaja mereka tahu membaca dan mula belajar. Mereka perlu berusaha mencapai tahap pembacaan seperti berikut :
  • 90 - 179 (gangsa)
  • 180 - 269 (perak)
  • 270 - 359 (emas)
  • 360 ke atas (NILAM)
2. Tahap Rakan Pembaca
Murid sudah membaca lebih 100 buah buku, mereka layak tahap ini. Terdapat aktiviti yang dilaksanakan dengan bimbingan guru. Pengiraan markah aktiviti diberi mengikut jumlah aktiviti atau sesi aktiviti seperti berikut :
  • Bercerita (1 sesi = 5 markah)
  • Bicara Buku (1 sesi = 5 markah)
  • Ulasan Buku (1 sesi = 5 markah)
  • Meminjamkan Buku (1 buku x 5 peminjam = 5 markah)
Ganjarannya pula adalah seperi berikut :

  • 100 - 199 markah (gangsa)
  • 200 - 299 markah (perak)
  • 300 - 399 markah (emas)
  • 400 ke atas markah (NILAM)
Sehubungan dengan itu, Pusat Sumber Sekolah sangat memerlukan bahan yang mencukupi dan berkualiti dalam memenuhi aspirasi tersebut memurni dan merealisi program ini. Disamping pembabitan ibu, bapa, penjaga, kerjasama semua termasuk guru dan komuniti setempat sangat diharapkan terutama dalam penyediaan bahan bacaan dan prasarana pembacaan buku yang bersesuai.

Oleh : GPDM SKBP 2009

Khamis, 8 Januari 2009

PROGRAM NILAM (AKTIVITI GALAKAN MEMBACA)

Perancangan Aktiviti Galakan Membaca PSS 2009

JANUARI
1. Jom Dengar Cerita Bahasa Melayu
2. Pameran Galakan Membaca (Buku-buku baru)
3. Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu
4. Sesi Bercerita Bahasa Inggeris Bersama ...(murid)
5. Kraf tangan : Seni Lipatan dan Anyaman
6. Tayangan Video Murid-murid dan Puisi Lagu
7. Membina Kad Ucapan Sempena ...
8. Kuiz Sains
9. 10 Minit bersama Buku (di zon tertentu)
10. Kembara Bahasa
11. Membaca Untuk Topik (mencari maklumat)
12. Anotasi Buku (membuat ulasan)

FEBRUARI
1. Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris
2. Kuiz Sejarah
3. Kuiz ICT
4. Sesi Bercerita Bahasa Melayu Bersama ...(murid)
5. Pertandingan Mewarna
6. Pertandingan Tulisan Cantik
7. Pertandingan Ciptaan Kreatif
8. Pertandingan Esei Bahasa Melayu
9. Penerbitan Buletin/Brosur PSS 1/2009
10. Kisahkan Semula Sebuah Cerita (lukis dan cerita)
11. Teater Pembaca (mengulas buku)
12. Minggu Bahasa Melayu

MAC
1. Pertandingan Bercerita Agama Islam
2. Sesi Bercerita Bahasa Inggeris Bersama ... (guru)
3. Kuiz Kajian Tempatan
4. Pertandingan Jigsaw Puzzle/Crossword Puzzle
5. Kuiz Silang Kata
6. Pertandingan Esei Bahasa Inggeris
7. Bengkel Teknik Bercerita
8. Buku Skrap : Tokoh Sains
9. Melagukan Syair
10. Kembara Bahasa
11. Drop Everything And Read (DEAR) : Radio Sekolah
12. Hari Terbuka Pusat Sumber

APRIL
1. Sesi Bercerita Bahasa Melayu Bersama ... (guru)
2. Kuiz Agama Islam
3. Pertandingan Melukis Poster Bertema ...
4. English Is Fun
5. Pencarian Harta Karun
6. Buku Skrab : Tokoh Sejarah
7. Pameran Peristiwa 1
8. Program Wacana Ilmu
9. Penerbitan Buletin/Brosur 2/2009
10. Jom Dengar Cerita Bahasa Inggeris
11. Merancang Satu Persembahan
12. Choral Speaking

MEI
1. Pameran Galakan Membaca (Buku-buku baru)
2. Sesi Bercerita Bahasa Inggeris Bersama ... (murid)
3. Kuiz Matematik
4. Buku Skrab : Tokoh Ilmuan Islam
5. Bengkel Perpustakaan Keluarga 1
6. Khemah Membaca : ADD
7. Kuiz Bestari
8. Laluan Ilmu/Hentian Ilmu
9. Program Wacana Ilmu
10. Biodata Tokoh Terkenal
11. Pameran Tokoh Sejarah
12. Pinjamkan Buku

JUN
1. Membina Kad Ucapan Sempena Hari Guru
2. Sesi Bercerita Bahasa Melayu Bersama ... (murid)
3. Kuiz Bahasa Melayu
4. Sayembara Deklamasi Sajak
5. Rakan Pembaca
6. Ulasan Buku
7. Pertandingan Menulis Esei Bertema
8. Penerbitan Buletin/Brosur 3/2009
9. Bengkel Penulisan
10. Surat Berita (terbitan murid)
11. Program BacaRIA (pinjaman berkelompok 1 bulan)
12. Walking Dictionary

JULAI
1. Sesi Bercerita Bahasa Inggeris Bersama ... (guru)
2. Kuiz Bahasa Inggeris
3. Buku Skrab : Tokoh Karya Agung
4. Keratan Akhbar Bertema
5. Pameran Tokoh Tempatan/Negeri
6. Hafazan Ayat Lazim
7. Ulasan Buku
8. Pertandingan Menulis Esei Bertema
9. Berbalas Pantun
10. Forum Bertema (murid)
11. Merentas Dunia
12. Akhbar dalam Darjah (ADD)

OGOS
1. Sesi Bercerita Bahasa Melayu Bersama ... (guru)
2. Kuiz Pengetahuan Am
3. Melukis Poster Hari Kemerdekaan
4. Sayembara Puisi Merdeka
5. Pameran Peristiwa : Merdeka
6. Keratan Akhbar Bertema
7. Pidato
8. Penerbitan Buletin/Brosur 4/2009
9. Bengkel Perpustakaan Keluarga 2
10. Ulasan Puisi
11. Minggu/Bulan Membaca
12. Projek Pukal

SEPTEMBER
1. Sesi Bercerita Bahasa Inggeris Bersama ... (murid)
2. Info Islam : Ramadhan
3. Buku Skrab : Tokoh Tempatan
4. Bengkel Tulisan Khat
5. Pameran Tokoh Politik
6. Syarahan
7. Program Wacana Ilmu
8. Information Literacy Skills Workshop
9. Bengkel Penulisan Remaja (selepas UPSR)
10. Pameran Galakan Membaca : Sains & Sastera
11. Karyawan Muda
12. Melukis Kulit Buku

OKTOBER
1. Sesi Bercerita Bahasa Melayu Bersama ... (murid)
2. Kembara Buku PIBG/PPD
3. Bengkel Penulisan Pantun
4. Pengunjung Paling Kerap Ke PSS
5. Pembaca Novel Terbanyak
6. Pertandingan Memburu Maklumat
7. Penerbitan Buletin/Brosur PSS 5/2009
8. Pertandingan Permainan Dalaman : Congkak & Batu Seremban
9. Projek Literasi Maklumat/Info-Hunt
10. Pembaca Terbanyak (Anugerah Nilam)

JK Kerja PSS 2009 sangat mengalu-alukan sebarang cadangan yang bernas.

Rabu, 7 Januari 2009

PUSAT SUMBER SEKOLAH

"Pusat sumber pendidikan merupakan sebuah tempat yang mempunyai ruang kemudahan fizikal, koleksi bahan bercetak dan bukan bercetak, serta dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa pengurusan institusi pendidikan, dengan tujuan menawarkan perkhidmatan pendidikan melalui usaha mengumpul, menyimpan dan menyebarkan sumber maklumat pendidikan, di samping menganjur aktiviti pengajaran dan pembelajaran."


Kekuatan, kegemilangan, keberkesanan dan kejayaan sesebuah Pusat Sumber Pendidikan banyak bergantung kepada kecekapan dan kemahiran, pentadbiran dan pengurusan. Setiap ahli jawatankuasa pentadbiran dan pengurusan Pusat Sumber Pendidikan perlu bersikap positif dan menguasai kemahiran pentadbiran dan pengurusan dalam melaksanakan tugas masing-masing.

Sesungguhnya ini merupakan satu permulaan. Berikutnya, blog ini akan memuatkan data dan koleksiku sebagai Guru Perpustakaan dan Media untuk dikongsi bersama pembaca blog yang sudi.