Khamis, 26 November 2009

WAKAF BUKU

Pusat Sumber Sekolah, Sekolah Kebangsan Bandar Pusat, menganjurkan satu program bagi menambah koleksi buku agar nisbah buku : murid mencapai 20:1 menjelang 2012.

Ketika ini nisbah 12:1 hanya mampu dicapai menerusi penambahan koleksi buku dari Unit Self Access Learning Centre (SALC) dan ditambah dengan koleksi dari unit-unit lain di sekolah ini. Namun koleksi buku di Unit Perpustakaan hanya sekitar 10:1 dan sentiasa berkurang saban tahun berikutan Program NILAM yang memerlukan banyak buku bacaan, sering rosak dan hilang berikutan Projek Pukal (Bakul) yang diletakkan dalam setiap bilik darjah di sekolah ini.

Berikutan bilangan murid yang berjumlah menjangkau 700 orang, untuk mencapai target 20:1 , PSS SK Bandar pusat, terutama Unit Perpustakaan perlu memiliki sekurang-kurangnya 14000 buah buku pelbagai judul.

Oleh itu, PSS SK Bandar Pusat sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas sebagai satu amal jariah dalam program WAKAF BUKU 2010.

Semua buku yang diwakaf akan dikatalog dari punca WAKAF BUKU dan PSS SK Bandar Pusat akan menghantar Sijil Wakaf sebagai bukti penerimaan buku yang diwakafkan.

Sila wakafkan buku anda ke alamat berikut :

Guru Perpustakaan dan Media,
Pusat Sumber Sekolah,
SK Bandar Pusat,
26400 Bandar Tun Abdul Razak Jengka,
Pahang Darul Makmur.
(UP : En. Zahid Bin Bakar)