Sabtu, 4 September 2010

Menanti Syawal

Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Duit Raya

Majlis Khatam Al Quran SK Bandar Pusat
pada 3 September 2010

Penyampaian duit raya oleh guru SK Bandar Pusat sebelum
berakhir sesi persekolahan dan bermula cuti sekolah

Pada 3 September 2010, dari awal pagi sehingga penghujung sesi persekolahan sebelum bercuti sempena Cuti Pertengahan Penggal Kedua dan Cuti Hari Raya Aidil Fitri, satu majlis sambutan program Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Duit Raya kepada semua murid SK Bandar Pusat telah diadakan.

Tn. Hj. Hamzah bin Mat Ali mengucapkan kesyukuran kerana program yang dirancang berjalan lancar dan mencapai matlamat. Beliau turut serta bersama murid-murid dan guru memeriahkan kedua-dua program yang menjadi telah dilaknanakan dengan jayanya di sekolah ini pada setiap tahun.

Rabu, 11 Ogos 2010

BULAN PSS 2010

PSS SK Bandar Pusat sedang melaksanakan Bulan PSS 2010 yang bermula 19 Julai 2010 dan akan berakhir 20 Ogos 2010 ini.

Memandangkan PSS ditafsirkan meliputi 4 penjuri sekolah, maka mengenali PSS sepenuhnya seterusnya menghargai akan kewujudannya dengan memaksimumkan kepenggunaannya adalah menjadi keutamaan JK Induk dan JK Kerja PSS SK Bandar Pusat dalam merealisasikan PSS sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

1. Pertandingan Perpustakaan Mini antara Kelas - 19 Julai - 20 Ogos 2010
2. Pertandingan Sudut NILAM antara Kelas - 19 Julai - 20 Ogos 2010
3. Bacathon - 19 Julai - 20 Ogos 2010
4. Pertandingan Buku Skrap sempena Merdeka - 19 Julai - 20 Ogos 2010
5. Pameran Bertema PSS - 19 Julai - 20 Ogos 2010
6. Jejaki PSS - 19 Julai - 30 Julai 2010
7. Mencipta Kad Ucapan - 26 Julai - 30 Julai 2010
8. Mengarang Puisi - 2 Ogos - 6 Ogos 2010
9. Sayembara Puisi - 6 Ogos 2010
10. Bicara Buku - 9 Ogos - 18 Ogos 2010
11. Pertandingan Melukis - 9 Ogos - 13 Ogos 2010
12. Teka Silang Kata Ramadhan - 16 Ogos - 20 Ogos 2010
13. Jualan Garaj - 20 Ogos 2010

Di samping itu, PSS terus menjalankan aktiviti seperti biasa dan turut terlibat dengan berbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Panitia-Panitia di SK Bandar Pusat.


Pameran Bertema

Forum Bestari

Kampus Astro

Jejaki PSS

Pameran Pendidikan Khas

KHIDMAT BANTU PSS

9 hingga 10 Ogos 2010 yang lalu, semua GPM Kelompok PKG Bandar Jengka telah menjayakan Program Khidmat Bantu PSS di SK LKTP Jengka 20. Program yang dilaksanakan ini berjaya mencapai objektif di samping merupakan salah satu aktiviti GPM pada tahun ini.
Sesungguhnya program sebegini sangat membantu meningkatkan prestasi PSS sekolah yang dibantu di samping mendedahkan pelbagai ilmu berkaitan PSS kepada GPM. Setidak-tidaknya GPM memperolehi pelbagai pandangan daripada GPM-GPM lain berkaitan penyediaan PSS yang berkesan.

GPM SKBP 2010





Khamis, 24 Jun 2010

Kursus Asas PSS GPM Daerah Maran 2010


22 - 25 Jun 2010, semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah daerah Maran telah menghadiri Kursus Asas Pusat Sumber Sekolah 2010 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang (BTPN Pahang).

Kursus ini telah mendedahkan GPM dengan pelbagai maklumat terkini berkaitan dengan Pusat Sumber Sekolah. Di samping itu terdapat juga, aplikasi i-NILAM dan iq-PSS turut menjadi tugasan yang perlu dilengkapkan dan merupakan salah satu daripada tugas GPM PSS di seolah.

Sesungguhnya, kursus ini berjaya mencapai objektifnya.

Zahid Bin Bakar GPM SK Bandar Pusat

Selasa, 25 Mei 2010

iQ-PSS & i-NILAM


25 - 26 Mei 2010, semua Guru Perpustakaan dan Media Kelompok PKG Bandar Pusat Jengka menghadiri Bengkel dan Taklimat iQ-PSS & i-NILAM di Makmal ICT SK Bandar Pusat.