Rabu, 25 Mei 2011

TAMAN NILAM


NILAM merujuk kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan dasar yang ditetapkan di bawah pelaksanaan program-program Pusat Sumber Sekolah.

Memandangkan perjalanan program ini banyak berhubung kait dengan pembacaan murid, pemantauan ibu bapa/penjaga, penilaian guru Bahasa Melayu, Guru Bahasa Inggeris dan Guru Kelas dengan penekan oleh Guru Penyelaras Program NILAM serta penyeliaan oleh Guru Perpustakaan dan Media serta pihak Pentadbiran Sekolah
, memungkinkan terdapat banyak ketirisan dan kelompongan maklumat seandainya terdapat kekangan-kekangan yang membawa kepada pengurangan jumlah bacaan buku di kalangan murid.

Sehubungan dengan itu, GPM sering diminta membuat pelbagai aktiviti bagi menggalakkan murid-murid membaca. Namun perlu pelan berterusan dan komitmen jitu daripada semua pihak bagi menjayakan NILAM.


Antara peserta NILAM Kebangsaan dalam Program Ramah Mesra.

Adalah menjadi harapan agar terdapatnya calon NILAM Kebangsaan dari SK Bandar Pusat, namun perlu diingat bahawa usaha melahirkan calon NILAM bukan boleh dihasilkan dengan kadar segera tetapi perlu berterusan dari peringkat rendah (Tahun 1) dengan memiliki calon yang petah, berketrampilan, penuh informasi, berkebolehan, dan yang penting sudah pasti memiliki bacaan buku yang bermutu dan tercatat dalam buku NILAM masing-masing.

Sehubungan dengan itu, PSS SK Bandar Pusat sedang dalam perancangan dan mula menggerakkan anggotanya untuk membina sebuah Taman NILAM yang mendokong objektif-objektif dan falsafah Program NILAM tersebut.

Semoga 2013 akan membuahkan satu lonjakan berkilauan dan mengharumkan nama SK Bandar Pusat.

Disediakan GPM SK Bandar Pusat, 25 Mei 2011.