Selasa, 21 Februari 2012

PAMERAN MAULIDUR RASUL

Pameran bertema yang pertama anjuran Panitia Pendidikan Islam sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah berlangsung di perkarangan Laman NILAM Islamiah SK Bandar Pusat.

Panitia Pendidikan Islam telah mempamerkan pelbagai bahan termasuk carta dan model untuk ditatapi, dihayati dan difahami berkenaan dengan Islam dan Rasulullah.

PSS menumpang gembira kerana Panitia Pendidikan Islam telah memulakan satu aktiviti yang sangat bermanfaat kepada seluruh warga SK Bandar Pusat. Menjadi harapan agar panitia-panitia lain akan turut mengatur langkah menganjur pameran-pameran bertema.

oleh GPM SKBP 2012.