Selasa, 21 Februari 2012

SESI FOTOGRAFI STAF SK BANDAR PUSAT

Satu sesi fotografi individu dalam ukuran pasport telah dijalankan dengan kerjasama PKG Bandar Pusat bermula 12 hingga 13 Februari yang lalu.

Foto yang dihasilkan kelak akan digunakan untuk kegunaan pelbagai unit-unit di SK Bandar Pusat bagi menyiapkan Carta Organisasi masing-masing. Ini berikutan koleksi gambar terdahulu terdapat pelbagai latar belakang dan telah banyak guru yang bertukar ke sekolah lain juga tidak kurang guru yang baru bertugas di sekolah ini.

Terima kasih di atas kerjasama semua warga SK Bandar Pusat dan Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bandar Pusat di atas bantuan yang diberi.

Oleh GPM SKBP 2012