Jumaat, 3 Februari 2012

MOTIVASI KURIKULUM KEPIMPINAN PELAJAR

Satu kursus berbentuk motivasi kepimpinan untuk Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Briged Bestari akan diadakan pada 4 Februari 2012 bertempat di SK Bandar Pusat. Program tersebut akan bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Sebahagian besar program tersebut akan dimuatkan dengan aspek kepimpinan yang perlu ada dalam kalangan pelajar terutamanya Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Briged Bestari yang akan melaksanakan tugas sebagaimana telah diamanahkan.

Program ini turut disertai oleh Pengawas Sekolah, Ketua-Ketua Kelas dan Jawatankuasa Utama Persatuan, Kelab dan Unit Beruniform. Lebih kurang 180 orang murid akan turut serta dalam program berkenaan.

Kemuncak program, Watikah Pelantikan akan disampaikan dan diikuti dengan aku janji. Hendaknya, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Briged Bestari lebih bertanggungjawab dalam memikul amanah yang delah dipersetujui.